[x]

Penjelasan Eina Azman Kereta Parking Di Petronas

 Setelah sekeping gambar kereta Chevrolet Camaro milik Eina Azman dimuatnaik dilaman sosial, ramai bertindak mengecam kelakuan pelakon tersebut. Pihak media segera mendapatkan penjelasan dengan menghu­bungi Eina untuk mendapatkan kepastian tentang situasi yang berlaku.

Mengaku Kereta Miliknya

Kata Eina, "Ya, saya mengaku dengan hati yang jujur itu adalah kereta saya dan memang saya dan suami meletakkan kenderaan kami di situ pada malam berkenaan.

"Sebenarnya pada malam kejadian, saya dan suami dalam perjalanan ke Seremban untuk menghadiri mesyua­rat. Ini pengakuan saya tentang dakwaan tersebut. Sebelum itu saya mahu ajukan soalan kepada semua, ketika anda berada di stesen minyak, adakah ia perkara normal jika anda keluar sebentar dari kereta untuk membeli barang di kedai?

Ia perkara normal bukan? Saya letak kenderaan di situ hanya dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Saya dan suami ma­suk ke dalam kedai untuk beli barang makanan, bukan pergi ke restoran Subway untuk makan seperti yang didakwa.

"Itu adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh, kita akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak ken­deraan dan membeli barang makanan. Apa yang salahnya di situ?

Ambil Gambar Sedang Makan

Jika benar ada yang mengatakan saya letak kereta di situ dan dengan tanpa rasa bersalah pergi ke Subway untuk makan, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan? Mengapa hanya ambil gambar kereta sahaja. Itu tidak adil kerana ia menimbulkan fitnah kepada saya. Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?

"Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning. Bukan saya letak di tengah jalan sehingga mengganggu laluan pengguna lain untuk mengisi minyak di situ.

"Lagi pula jika dilihat dalam gambar tersebut, kawasan stesen pam minyak itu sangat besar dan banyak lagi lorong lain untuk mengisi minyak. Lainlah jika di belakang kereta saya ada berderet lagi kereta lain beratur. Jika saya melakukan perbuatan pentingkan diri sendiri seperti itu, ya saya tidak akan melen­ting kalau ada pihak cakap saya buat hal.

Dalam pada itu Eina Azman mengakui perkara tersebut membuatkannya berasa tertekan, "Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu?

Kecewa Dengan Orang Ramai

"Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut. Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logik akal."

"Kalau betul ada pihak yang tidak ber­puas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera tele­visyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu.

"Bagi saya, jika mahu buat cerita tentang saya pun, berpada-padalah. Takkan sampai mereka-reka cerita yang tidak benar seperti ini. Saya memang marah apabila tiba-tiba orang me­nyalahkan saya tentang perkara yang saya tidak lakukan.

"Saya sebenarnya sudah lama menahan perasaan. Dari dahulu sehinggalah sudah berkahwin pun, orang akan tetap bercakap buruk mengenai saya. Orang akan tetap hina walaupun saya tidak pernah kacau hidup orang lain.

"Apabila berdepan dengan perkara seumpama ini, apa lagi yang mampu saya lakukan. Mulut orang, sampai bila-bila pun kita tak akan mampu tutup. Kalau saya cakap mahu saman, orang luar akan adili saya ini seorang yang mengada-ngada.
sumber: kezoom

0 comments:

Post a Comment