[x]

Kisah Sebenar Isteri Selamatkan Suami Dari Di Belasah Pekerja TNB

Tersebar di media sosial kisah seorang isteri dikatakan cuba melindungi suaminya dari terus dibelasah oleh kakitangan TNB kerana keengganannya membenarkan pihak TNB memasang kabel bervoltan tinggi merentasi kawasan tanah beliau kerana tidak diberi pampasan oleh TNB.

Dibawah merupakan gambar yang dimuatnaik di media sosial.




Kejadian yang didakwa berlaku di Guar Nangka, Perlis itu bagaimana pun masih dalam siasatan pihak polis kerana percanggahan laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

Berikut adalah kenyataan daripada pihak TNB di petik melalui laman sosialnya.

"Bahagian Penghantaran TNB telah memaklumkan pihak admin bahawa kejadian tersebut berlaku pada Jumaat lepas apabila kontraktor TNB sedang menarik pilot wire di tanah pemilik. Sebelum itu, Bahagian Penghantaran telah cuba menyerahkan cek pampasan tetapi pemilik tanah enggan menerimanya.

Gambar pemilik tanah terbaring adalah disebabkan beliau terjatuh ketika cuba menghalang pihak kontraktor melakukan kerja-kerja tensioning. Tiada sebarang physical contact berlaku ketika kejadian.

Pasukan projek telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan pemilik tanah juga membuat laporan polis dengan kenyataan yang berbeza.

Pihak polis telah menjalankan siasatan dan menasihatkan pihak TNB untuk membuat laporan polis kedua mengenai kes ini.

Kes ini telah menjadi kes polis dan di harap warga kerja tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan."

Bagaimanapun kami telah cuba mendapatkan respon dari pihak TNB tetapi tiada maklumat diperolehi kerana kes ini masih didalam siasatan.

Bagaimanapun masih terlalu awal untuk menuding jari kemana-mana pihak kerana kita masih belum mengetahui siapa sebenarnya yang bersalah, apa pun kita tunggu hasil laporan polis nanti. 
sumber:kezoom

0 comments:

Post a Comment