[x]

Putera William Dan Kate Middleton Bakal Timang Anak Kembar


Kisah hidup cinderella ini bukan lagi rahsia semenjak dia menjadi isteri kepada Putera William.

Baru-baru ini pihak Istana Kensington telah mengumumkan secara rasmi bahawa Kate Middleton bakal menimang cahaya mata buat kali kedua.

Seperti biasa, perkhabaran berita ini merebak ke seluruh dunia hinggakan ramai yang tidak sabar ingin mengetahui keadaan Kate dan jantina yang bakal dilahirkan.

Kate juga sering mengalami ‘alahan mengandung’ yang dikenali sebagai hiperemis gravidarium atau ‘morning sickness’ seperti ibu mengandung yang lain.

Baru-baru ini, Kate dan Putera William memberi kejutan manis dengan mengumumkan kepada anak kedua mereka ialah kembar.

Memetik petikan Majalah Star, Kate dan William sangat gembira dengan hasil pemeriksaan “ultrasound” yang telah dijalani .

“William memberitahu kami ,apabila mereka melihat dua tubuh bayi di monitor USG, mereka sangat terkejut dan dia tidak akan lupa reaksi Kate dimana mulut Kate ternganga dan matanya terbeliak sambil menjerit “ohhh my god”! , “ujar salah satu teman William dan Kate.

Putera William dan Kate Middleton berkahwin pada 29 April 2011 di Westminster Abbey, Inggeris. Pasangan ini dianugerahkan dengan seorang bayi lelaki pertama yang diberi nama George Alexander Louis.
Tahniah, Putera William dan Kate Middleton! 
sumber: http://www.matabulat.my

0 comments:

Post a Comment