Geli: Bila Telinga Manusia Jadi Sarang Ulat
Kebersihan sebahagian dari iman, dan ia merupakan tuntutan Islam. Agaknya apa perasaan anda jika ada hidupan lain ‘menumpang’ didalam tubuh badan anda dan menjadikannya sebagai sarang kerana kegagalan anda menjaga kebersihan diri?
Memang ngeri sangat-sangat kalau difikirkan tapi itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila lalat masuk ke dalam telinganya lalu meninggalkan ratusan telur yang kemudian menetaskan ulat.
Kisah ini akhirnya terbongkar selepas pemuda tersebut menemui Dr. Vikram Yadav yang merupakan seorang dermatologis di Faizabad, India setelah dia mendengar sesuatu bunyi di dalam telinganya.
Selepas menjalani pemeriksaan, Dr Yadav memberitahu yang pesakitnya itu mengalami ‘aural myasis’, keadaan di mana telinga ataupun hidung seseorang individu dicemari dengan larva lalat.
Pesakit kebiasaannya akan mendengar seakan bunyi ‘dengung’ di kawasan yang tercemar disusuli bau busuk yang keluar dari anggota tersebut.
Menurut Yadav lagi, ulat-ulat itu berkemungkinan memakan daging dalam telinga hingga menembusi bahagian otak hingga boleh membunuh pesakit jika dia tidak mendapatkan rawatan.
Bagi mengeluarkan kesemua larva berkenaan, Yadaz menjalankan prosedur melemaskan hidupan itu sebelum ia mulai muncul di bahagian luar telinga. Kemudian, alatan digunakan untuk mengeluarkan ulat-ulat tersebut.
Justeru, buat anda di luar sana, silalah jaga kebersihan anggota tubuh sekerap mungkin. Jika tidak, mungkin spesies serangga berminat nak jadikan anggota anda sebagai ‘wad bersalin’.
Menariknya ini bukan kali pertama kes ulat masuk dalam telinga....terdapat beberapa lagi seperti dibawah...
sumber:kezoom

0 comments:
Post a Comment