[x]

Jaket Labuh Punca Tangan Budak Tersangkut Di Rim Motosikal


Malang tidak berbau!

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terpaksa menanggung kesakitan hampir 15 minit gara-gara jaket yang dipakai tersangkut di celah rim motosikal.

Kejadian yang berlaku di Taman Dedap Jalan Raja Uda, Butterworth ini menyebabkan tangan kiri mangsa, tersangkut di celah rim tayar motosikal ketika membonceng motosikal terbabit bersama bapanya, pagi tadi.

Mangsa, Lim You Han terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas tangan dan jari kirinya cedera.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, ketika itu mangsa membonceng motosikal ditunggang bapanya sebelum jaket dipakai tersangkut di celah rim.

“Jaket yang dipakai mangsa agak besar dan labuh hingga membuatkan jaket tersebut tersangkut di celah rim mengakibatkan dia terjatuh dan tangannya tersepit di celah rim berkenaan,” katanya.
sumber:mynewshub

0 comments:

Post a Comment