[x]

Lima Tahun Berkahwin, Emelda Rosemila Akhirnya Hamil?

Menjadi seorang ibu adalah cita-cita setiap insan yang bergelar isteri. Kadangkala ada yang murah rezeki dapat hamil selepas hanya beberapa bulan kahwin. Ada yang diuji sehingga bertahun-tahun sebelum mendapat berita gembira itu. Emelda Rosmelia yang merupakan isteri Adlin Aman Ramli mungkin termasuk di dalam kategori hamil agak lewat. Selepas 5 tahun berkahwin, Emelda telah berkongsi satu keping gambar yang membayangkan kehamilannya.
Berkongsi gambar ujian pengesan kehamilannya di Instagram, Emelda Rosemila telah menulis caption “jengjengjeng” yang menimbulkan seribu satu pertanyaan di kalangan pengikutnya. Kebanyakannya telah mengucapkan tahniah. Sekiranya benar-benar hamil, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Pasti Emelda dan Adlin Aman Ramli telah lama menunggu berita gembira ini.

Semoga segalanya berjalan lancar buat Emilda. Jangan buat kerja-kerja berat. Jaga kesihatan lebih-lebih lagi di trimester pertama. Selamat menjalani kehamilan. Tahniah!!!
sumber: http://beautifulnara.com/

0 comments:

Post a Comment