[x]

Sambutan ulangtahun kelahiran Diana Danielle

Ramai pula selebriti yang suka buat transformasi sekarang ni kan. Semalam, Nazim Othman dah jadi ikan duyung kacak, hari iniDiana Danielle pula dilihat bertukar jadi Harry Potter.

Mula-mula kami pun pelik juga kenapa Diana Danielle dress up ala-ala hero epik fantasi tu. Rupa-rupanya beberapa orang kenalan rapatnya seperti Tiz Zaqyah dan Lisa Surihani membuat sambutan hari lahir Diana .

Sambutan yang kecil tetapi tetap meriah. Sudah tentu Diana bertambah gembira apabila suami yang tercinta, Farid Kamil dan anaknya juga berada di majlis tersebut.

Walaupun baru sahaja berumur 22 tahun, kami dapat lihat bahawa Diana sudah jauh lebih matang berbanding usianya. Bayangkan di usia semuda itu, dia sudah bergelar isteri, seorang ibu dan juga mempunyai kerjaya yang mantap. Rasanya tak semua orang mampu untuk tanggung komitmen sebesar itu kan?
Sumber : Ohbulan















0 comments:

Post a Comment