[x]

Gempar! Seekor Burung Berubah Menjadi Wanita Tua di Nigeria.







Penduduk di Nigeria di gemparkan dengan perubahan wujudnya seekor burung menjadi seorang perempuan. Peristiwa itu berlaku di bandar Oshodi. Burung itu menghentam kabel telefon dan jatuh ke tanah. Tidak lama kemudian, burung itu berubah bentuk menjadi seorang perempuan tua.

"Itu sangat tidak masuk akal tetapi benar-benar berlaku," kata Sobowale, salah seorang saksi .

"Ketika kami bercakap dengan perempuan itu, dia mengaku mempunyai kekuatan ajaib dan telah membunuh sejumlah orang. Dia mengatakan akan kembali ke rumah suaminya di Mushin sebelum berlaku insiden itu. Ketika itulah orang-orang mulai berebut untuk mengambil gambar, "kata Sobowale.
 

Orang ramai mula mengambil gambar dan juga merakam kejadian yang aneh tersebut. Video yang memperlihatkan perubahan seekor burung menjadi perempuan setengah baya itu sudah disaksikan beratus-ratus ribu kali di laman YouTube.

Dalam video itu kelihatan perempuan itu dalam keadaan stress dan nyaris berbogel serta keadaan kulitnya terbakar. Perempuan itu meninggal tidak lama setelah berubah bentuk. Mayatnya dibawa ke hospital Mainland General Hospitals. Namun, meninggalnya perempuan itu bukan kerana diamuk oleh orang ramai yang mengelilinginya.

"Saya tidak pernah melihat kejadian ini dalam kehidupan sebenar," kata Banke Idowu yang membuat video perempuan 'burung' tersebut.

Kata dia, orang ramai yakin perempuan tersebut adalah ahli sihir sehingga boleh berubah bentuk menjadi seekor burung. Biasanya, penduduk akan terus menghukum sesorang yang terbukti sebagai ahli sihir. Namun, dalam kes ini, penduduk hanya melihat dari dekat perempuan yang berubah dari seekor burung itu hingga dia meninggal dunia.
sumber: http://zamrispoon.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment