Sadis...Budak 4 Tahun Maut Di Hempap Televisyen
Seorang budak lelaki berusia empat tahun maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di Taman Intan Mas, Teluk Intan.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di ruang tamu, sebuah rumah di Taman Intan Mas, Teluk Intan.
“Dalam kejadian itu, mangsa memegang televisyen berkenaan untuk menonton rancangan kartun, dan secara tiba-tiba televisyen berkenaan jatuh dan menghempap bahagian kiri kepala mangsa,” katanya.
Beliau berkata mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan oleh ibunya.
Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, katanya.
“Televisyen tersebut berukuran 29 inci dan berat kira-kira 40 kilogram,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya menerima maklumat awal daripada pihak hospital berkenaan pada pukul 1.35 petang. -Bernama

sumber:kezoom

0 comments:
Post a Comment