[x]

Mat Yo Mohon Maaf

Norshahrul Idhlan Talaha atau Mat Yo akhirnya menzahirkan permohonan maaf kepada rakyat Johor di atas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014, Sabtu lalu.

Mat Yo juga menerima kritikan ramai pihak berhubung kegagalannya membantu Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kritikan pada saya memberi semangat dan lihat dari sudut positif untuk membantu saya kerja lebih keras lagi, saya hanya jalankan tugas.

“Saya minta maaf kepada rakyat Johor kerana kita gagal capai kejayaan pada final Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui di Padang Seri Gelam, di sini semalam.

Dia ditemui selepas menjalani latihan bersama kem skuad kebangsaan di bawah kendalian Dollah Salleh.

Mat Yo kini dilaporkan telah dirisik beberapa pasukan lain di Liga Malaysia, antaranya ialah ATM dan Terengganu. 
sumber: kezoom

0 comments:

Post a Comment