Hubungan AC Mizal Dengan Anak Semakin Pulih
Pengacara Datuk AC Mizal bersyukur apabila hubungannya dengan dua anak hasil perkahwinan pertama iaitu Muhammad Shafiq Iman, 18, dan Muhammad Shabil Iman, 15, semakin pulih.
AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, walaupun mereka tidaklah begitu mesra, namun perubahan itu semakin dapat dilihat apabila masing-masing mula bertanyakhabar antara satu sama lain.
"Saya difahamkan bekas isteri saya sudah berkahwin dan kini menetap di Terengganubersama anak-anak.
"Kerana itu, agak sukar untuk saya berjumpa dengan mereka. Tetapi kami saling bermesej dan bertanyakan khabar.
"Walaupun tidaklah seakrab mana, Alhamdulillah hubungan kami anak beranak semakin pulih," katanya kepada mStar Online.
sumber:mStar Online.
0 comments:
Post a Comment