Budak Jatuh Tercucuk Batang Besi
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera selepas tercucuk besi di bahagian pinggulnya sebelum berjaya dipotong pihak bomba dalam kejadian di Jalan Sungai Sering, Taman Ukay Indah, Ampang, KL, pada jam 4.10 petang tadi.

Menurut komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Ahmad Kamal berkata, kanak-kanak lelaki itu dipercayai bermain berseorangan di kawasan perumahannya yang turut mempunyai sebuah kontena yang ditinggalkan berhampiran taman perumahan itu.
Tambah beliau, kanak-kanak malang itu dipercayai terjatuh daripada kontena itu sebelum tercucuk batang besi dan menyebabkan pihaknya mengambil masa lima minit untuk memotong besi berkenaan.
"Kanak-kanak itu sudah dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut," katanya.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak mereka terutama bila bermain di kawasan yang berisiko tinggi mendatangkan bahaya.

sumber:kezoom
0 comments:
Post a Comment