Almy Nadia Terkejut Dituduh Sombong Di Kedai Makan
Pelakon Almy Nadia terkejut dituduh salah seorang pengikut Instagram kononnya dia bersikap sombong ketika berada di sebuah kedai makan baru-baru ini.
Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, sepatutnya dia tidak dituduh sebegitu memandangkan dia tidak mengenali individu berkenaan apatah lagi dia bersama suaminya, Fizz Fairuz ketika itu sedang menikmati makan malam bersama.
"Terkejut dibuatnya apabila individu berkenaan mengambil gambar kami di kedai makan itu, kemudian memuat naik di Instagram dan menuduh kami sombong.
"Bila masa pula saya berlagak? Takkan saya sesuka hati nak menegur orang yang tidak dikenali di situ," katanya kepada mStar Online.
Sabtu lalu, Almy telah memuat naik semula foto daripada Instagram pengikut yang menuduh dia dan suaminya sombong di akaun miliknya pula dengan menjelaskan dia tiada niat mahu bersikap sombong dengan sesiapa pun dan dan menganggap tuduhan mengatakan dia dan suaminya berlagak agak keterlaluan.
Almy menegur tindakan salah seorang pengikutnya di Instagram yang menuduh dia dan suami, Fizz Fairuz bersikap sombong.
"Assalammualaikum .. minta maaf awal2 yer.. bukan nak burukkan sesiapa tapi dia dah burukkan nama saya dan suami..Nak tumpang tanya adik yang bernama @fatensahaja ..Bila saya berlagak? Sy dtg kedai makan untuk isi perut.
"Jadi mana salahnya? Saya tahu saya artis tapi takkan lah nak sapa semua orang kat kedai makan tu nanti orang kata gila pulak,betul?? Apa sebab awak kata saya berlagak yer??? Saya tak kenal awak langsung dan tak ingat pun kat mana awak duduk?? Motif keluar dalam Instagram kata saya berlagak? Nak glamor ker??," kata Almy di Instagram miliknya.
Sementara itu, Almy juga terkilan apabila individu berkenaan mengambil fotonya bersama Fizz tanpa meminta izin kerana ia sedikit sebanyak telah mengganggu privasi mereka.
Bagaimanapun pelakon itu enggan memanjangkan isu tersebut kerana menganggap ia hanyalah sebuah isu yang remeh.
"Biarlah dengan mereka, saya pun tak mahu komen panjang tentang perkara ini," ujarnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/
0 comments:
Post a Comment