[x]

AWIE MAUT NAHAS DIREMPUH KERETA 4X4..INNALILLAH..

Kecoh mengenai berita kematian seorang lelaki yang digelar ‘Awie’ dikalangan rakan-rakan beliau. Kecoh bukan kerana apa, sebab namanya sama dengan penyanyi rock dan pelakon Awie. Apatah lagi, ada yang salah faham ingatkan penyanyi Awie benar-benar sudah meninggal dunia akibat kemalangan berkenaan. Untuk makluman anda, ‘Awie’ yang meninggal dunia kerana kemalangan adalah ‘Awie’ lain.

Apapun, salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Mungkin wajah arwah mirip penyanyi Awie sebab tu dia diberi gelaran itu. Memetik sumber sebuah blog, mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah dikepala selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Petikan berita penuh dibawah:
Seorang lelaki yang diberi gelaran ‘Awie Lahad Datu’, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Lahad Datu-Tawau berhampiran Bandar Sri Perdana, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa Maslee Lumayan, 44, yang mempunyai raut wajah seakan-akan penyanyi Awie itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut. Jelas beliau, mangsa dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dipandu laju dari arah Bandar Sri Perdana ketika melintas jalan raya. – Harian Metro (Khamis, 26 November 2013)

1 comments: