MENARI SEPARA LUCAH TIDAK HALANG UNDANGAN UNTUK BACA AL-QURAN
Jakarta: Penyanyi dangdut yang juga aktres kontroversi, Dewi Persik dipilih untuk memperdengarkan bacaaan ayat suci al-Quran pada perhimpunan agung Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang ditetapkan pada 31 Ogos dan 1 September depan.
Perkara itu dimaklumkan pengerusi jawatankuasa pemandu perhimpunan Abdul Kadir Karding.
Menurutnya perhimpunan itu diadakan di Surabaya.
“Jawatankuasa menetapkan Dewi Persik menjadi qariah dalam acara berkenaan,” kata Abdul Kadir.
Menurutnya, PKB tidak berdepan masalah untuk meminta Depe, nama popular Dewi Persik, untuk membacakan ayat suci al-Quran pada majlis itu meskipun dia terbabit dengan pelbagai kontroversi.
“Buat kami, membaca ayat suci itu baik.
Meskipun dia (Depe) artis kontroversi, tidak ada masalah untuk meminta dia membaca ayat suci.
Tambahan pula dia juga anak kiai di Jember, Jawa Timur dan lulusan sekolah Islam pula.
“Kami sudah beberapa kali mendengar dia mengaji dan suaranya memang bagus.
“Jadi tidak salah untuk memberi kesempatan kepada Depe menjadi seorang daripada qariah pada acara itu,” katanya.
Dia juga berkata, walaupun PKB dikenali sebagai parti yang dianggotai penyokong Nahdlatul Ulama (NU), ia tetap memberikan peluang kepada golongan profesional untuk bergabung dalam parti yang diketuai Muhaimin Iskandar itu.
“Pada perhimpunan kali ini, kami membuka peluang kepada golongan profesional termasuk artis untuk bergabung.
Ini kerana kita tidak mahu PKB dilihat sebagai parti berdasarkan Islam dan anggota NU saja.
Kami mahu membukanya kepada semua golongan,” kata Abdul Kadir.
Selain mengaji, Depe juga akan menyanyi pada perhimpunan itu.
PKB juga turut mengundang artis lain seperti raja dangdut Rhoma Irama, Raisa dan Rossa ke perhimpunan itu.
- Agensi
Perkara itu dimaklumkan pengerusi jawatankuasa pemandu perhimpunan Abdul Kadir Karding.
Menurutnya perhimpunan itu diadakan di Surabaya.
Dewi Perssik dipilih untuk memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran
Menurutnya, PKB tidak berdepan masalah untuk meminta Depe, nama popular Dewi Persik, untuk membacakan ayat suci al-Quran pada majlis itu meskipun dia terbabit dengan pelbagai kontroversi.
“Buat kami, membaca ayat suci itu baik.
Meskipun dia (Depe) artis kontroversi, tidak ada masalah untuk meminta dia membaca ayat suci.
Tambahan pula dia juga anak kiai di Jember, Jawa Timur dan lulusan sekolah Islam pula.
“Kami sudah beberapa kali mendengar dia mengaji dan suaranya memang bagus.
“Jadi tidak salah untuk memberi kesempatan kepada Depe menjadi seorang daripada qariah pada acara itu,” katanya.
Dia juga berkata, walaupun PKB dikenali sebagai parti yang dianggotai penyokong Nahdlatul Ulama (NU), ia tetap memberikan peluang kepada golongan profesional untuk bergabung dalam parti yang diketuai Muhaimin Iskandar itu.
“Pada perhimpunan kali ini, kami membuka peluang kepada golongan profesional termasuk artis untuk bergabung.
Ini kerana kita tidak mahu PKB dilihat sebagai parti berdasarkan Islam dan anggota NU saja.
Kami mahu membukanya kepada semua golongan,” kata Abdul Kadir.
Selain mengaji, Depe juga akan menyanyi pada perhimpunan itu.
PKB juga turut mengundang artis lain seperti raja dangdut Rhoma Irama, Raisa dan Rossa ke perhimpunan itu.
- Agensi
0 comments:
Post a Comment