[x]

Menyesal Kahwin Dengan Suami, Jadi Isteri Kedua. Kena Cerai Juga.

Assalammualaikum,

Saya sekadar ingin bertanya pendapat kepada rakan-rakan. Perlukah beri peluang kedua pada diri ini untuk bersama semula pada bekas suami selepas dia lepaskan saya dengan talak satu? Kami suami isteri masih belum buat pengesahan di mahkamah lagi.

Saya sebenarnya baru bernikah dan bermadu. Sebelum nikah, dia terlalu mengambil berat pada saya dan katanya mampu berlaku adil dari segi kasih sayang dan masa. Tapi itu semasa isteri dia mengandung, sekarang dia mungkir janji

Saya biarkan sahaja dia uruskan segala proses pernikahan sebab saya nak lihat sejauh mana dia mahukan saya. Isterinya izinkan kami bernikah walaupun pada mulanya dia tidak dapat terima.

0 comments:

Post a Comment