[x]

Memalukan, pelanggan Bank Islam Senawang tidak beradab dengan adab Islam

Tadi Sabtu 28 Jun 2014 sekitar jam 11.30 pagi saya ke cawangan Bank Islam di Senawang yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu. Amat memalukan apabila sekitar mesin ATM dan CDM dipenuhi dengan sampah resit ATM, di atas mesin ATM, di atas lantai, padahal terdapat 2 tong sampah di situ.

Satu tong sampah sudah penuh, tapi apabila ditekan dengan tangan ianya tinggal separuh, satu lagi tong sampah masih kosong.

Isu ini nampak mudah, tapi memalukan. Malu kita sebagai pelanggan Bank Islam, malu kita sebagai umat Islam di sebuah negara majoriti umat Islam, sebuah negara majoriti orang Melayu. Macamana nak cakap mengenai hukum hudud, jihad, prihatin terhadap remaja OKU di Nilai, tetapi satu-satunya institusi kewangan Islam yang tersohor, bab sampah resit ATM pun kita pandang ringan.

Marilah kita mulakan dengan diri kita sendiri, nampak paku di jalanan, kutip, takut ada kereta lalu lalang terkena paku. Nampak sampah di masjid , surau, kutip, semata-mata harap redha ALLAH.
Sumber

6 comments:

  1. Salam ini tak semestinya pelanggan bank islam sahaja ,sbb atm tu suma pelanggan bank lain bole guna sbb atm tu ada meps.ini pendapat kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat kawan pula, ini majority pelanggan bank islam..
      Kebanyakkan pelanggan bank tak akn menggunakan mesin atm yg lain selain dri bank yg die simpan duit..Oleh kerana tidak mahu ditolak caj perkhidmatan cuma RM1 jika menggunakan mesin atm yg lain.

      Delete
  2. benda mcm ni x pyah nk post...klo nmpk dah kotor...tolong la kutip...apa salah nyer...ni pon nk kecoh...

    ReplyDelete
  3. Bukan Bank Islam je camni. Bank lain pn sama je saya tgk.

    ReplyDelete
  4. Hakikatnya bukan sebab xble nak kutip sampah tu.. Tp nk bgtau hakikatnya, penduduk malaysia ramai buat xkesedaran sivik. Ada tempat untuk sampah2 tu, tp buat2 xnampak.. Tu belum kira lg sampah2 selepas majlis @ piesta.. Didikla hati cinta kepada kebersihan.. Igt , kebersihan itu separuh dr
    iman..

    ReplyDelete
  5. ade Nampak tong sampah dalam gambar tu....takde kan!!

    ReplyDelete